Sunday, July 25, 2010

MALAM NISFU SYAABAN...

Pada malam Nisfu Syaaban, sunat membaca surah Yasin sebanyak 3 kali.


Bacaan kali pertama, memohon supaya dipanjangkan umur dan taat kepada Allah serta sentiasa beramal soleh.
Bacaan kali ke-2, memohon supaya ditolak segala bala bencana.
Bacaan kali ke-3, memohon supaya tidak berhajat kecuali kepada Allah dan setiap kali selepas bacaan Surah Yasin dibaca doa dibawah ini:

Saturday, July 3, 2010

MEMANG PERLUKAN SATU HIJRAH!!!

Dari SINAR HARIAN - 04072010

Bola sepak negara perlu perubahan

Walaupun sudah bersara daripada dunia bola sepak, namun minat dan perhatian Dali Omar, 64, terhadap perkembangan sukan itu, tetap dititik beratkan.
Melihat kepada prestasi bola sepak negara yang tidak menentu, Dali, nama yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak era 70-an, seorang legenda bola sepak dan juga bekas pemain kebangsaan.
Walaupun skuad bola sepak bawah 23 negara berjaya mencipta sejarah di Sukan Sea 2009, apabila menang emas pertama selepas kemarau 20 tahun lalu, namun bagi beliau pemain dan jurulatih tidak boleh leka dan cepat berpuas hati.
Persoalannya kini, di manakah kedudukan pasukan kebangsaan, lima tahun akan datang? Mampu kah negara mencapai cita-citanya, beraksi di gelanggang penuh prestij, Piala Dunia?: Atau setidak-tidaknya mampu kah mereka menyaingi pasukan dari benua Asia?
“Inilah masalahnya, dan kita perlu hadapi serta tangani bersama-sama. Cuma bagaimana mahu selesaikannya? Macam mana hendak mulakan?,”katanya kepada Sinar Harian.
Berbekal pengalaman sebagai ketua jurulatih skuad Australia, dan bekas pemain divisyen 2 kelab Florentina dan Juventus, Dali yakin, beliau dapat bersama membantu perbaiki mutu sukan bola sepak negara.
“Untuk melahirkan satu pasukan yang mantap dan memiliki pemain dan jurulatih yang berkualiti tidak mudah. Ia perlu bermula dari peringkat akar umbi.
“Pemain harus ada semangat, konsistensi yang berterusan, sentiasa berusaha untuk maju, bekerja keras dan tidak terlalu berharap dengan latihan yang diberi jurulatih sahaja,” katanya.
Bahkan, ketika zaman kegemilangannya dahulu penyokong juga memainkan peranan penting.
“Peminatlah yang menaikkan semangat kami untuk berjuang mengharumkan nama negara. Tanpa mereka, siapalah kami.
“Jika diberi peluang oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) saya mahu menabur bakti mencurahkan ilmu dan pengalaman, agar satu hari nanti, nama Malaysia turut tercatat di kejohanan Piala Dunia,” katanya.
Berasal dari Kelantan, Dali Omar mula bergiat aktif, sejak berusia 10 tahun, menjadi rakyat Malaysia yang pertama beraksi di luar negara di bawah Kelab Azzuri Australia.

Thursday, July 1, 2010

INI JUGA SATU HIJRAH...

Kenangan Lalu....mengusik jiwa....
anak-anak dah membesar, tanggungjawab ibu bapa pun semakin besar juga...


Wednesday, June 30, 2010

HIJRAH SAUDARA-SAUDARAKU.....

SATU HIJRAH ……
SATU PERMULAAN BARU…
SATU DARIPADA TUNTUTAN-NYA…




ANAKANDA AMIRUL ASYRAF BIN HJ. BAKHARI
&
RAIHANA BINTI HJ. RAHMAT





12 JUN 2010



Ayam disabung jantan dipaut
Jika ditambat kalah laganya
Asam di darat ikan di laut
Dalam belanga bertemu jua


Syukur kepada ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnia dan Inayah-Nya kita dapat melangsungkan urusan majlis perkahwinan dengan lancar dan jayanya. Itu makanya, satu ikatan telah dimeteri yang membawa maksud ketentuan ALLAH melebihi segalanya. Jodoh pertemuan, ajal maut telah ditulis dan dicorak sedemikian rupa. Hari ini anakanda Amirul dan Raihana dipertemukan untuk membentuk satu ikatan berterusan, yang menandakan kelangsungan hidup berkeluarga yang mana bahagia menjadi matlamatnya. Pembentukan keluarga dalam Islam bermula dengan ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan secara sah mengikut hukum Islam itu sendiri. Apabila rumah tangga itu dibina dengan sempurna dan sah, maka ia mendapat keredhaan dan berkat dari Allah S. W. T. Sehubungan dengan itu, perkukuhkanlah ikatan ini hingga akhir hayat. Jalinlah hubungan dengan penuh kasih sayang kerana keakraban suami dan isteri amatlah penting untuk memperkukuhkan ikatan perkahwinan. Sesungguhnya lelaki (suami) itu dicipta untuk wanita (isteri).
Allah telah berfirman dalam Surah Al Baqarah (2:187);

“Mereka (suami) itu adalah pakaian bagimu (isteri), dan kamu (isteri) pun
pakaian bagi mereka (suami)”

Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ia akan melahirkan rasa saling cinta mencintai, sayang menyayangi, hormat menghormati, sikap saling bekerjasama dan bantu membantu untuk mendidik keturunan dan keluarga. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani kita. Sesungguhnya Allah telah mengatur segala yang terbaik untuk kita dan seharusnya kita menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah yang terbaik.

ANAKANDA AMIRUL DAN RAIHANA YANG DISAYANGI –
INI PESAN AYAHANDA HJ. BAKHARI DAN BONDA HJH. ROSINI

Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di kitab Allah

Ingatlah wahai anakanda berdua, untuk memupuk keharmonian hidup berumahtangga, setiap suami isteri hendaklah mematuhi dasar-dasar hukum yang digariskan oleh Islam agar terhindarlah perkara-perkara yang tidak diingini. Islam telah mengingatkan bahawa isteri adalah amanah daripada Allah dan hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah SWT dalam Surah Al Rum (30:21);

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan mereka tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Wanita yang paling baik pula ialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada. Oleh itu, sentiasalah bermuhasabah agar diberi Allah kekuatan untuk mengharungi alam perkahwinan yang banyak dugaannya.

Pada masa yang sama, anakanda berdua mestilah menerima hakikat bahawa keluarga sekarang semakin membesar. Hubungan dengan keluarga semakin kompleks. Kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan masing-masing sahaja tetapi membentuk ikatan silaturrahim dengan seluruh ahli keluarga dan sanak saudara. Kekalkanlah dan mantapkanlah hubungan baik dan akrab selama ini dan mulalah mengenali orang-orang baru disekeliling. Yang paling penting kasih sayang dan rasa hormat kepada ibu bapa janganlah dipermudah dan dikurangkan. Sesungguhnya hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa akan membawa ke arah pembentukan keluarga baru yang bahagia. Islam telah memberikan perhatian yang penting ke atas perkara ini. Agama mewajibkan anak-anak mentaati kedua orang tuanya. Anak-anak yang berilmu dan beriman akan sentiasa mengingati ibu bapa mereka.
Sabda Rasuluilah SAW yang bermaksud;
"Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara sahaja, iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya dan doa daripada anak-anak yang soleh".

Terang bulan di malam sepi
Cahaya memancar ke pangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa

Berbunga lebat pohon rambutan
Hinggap tempua berjuntai kaki
Bila dapat memandang bulan
Jangan lupa rumput di bumi




ANAKANDA RAIHANA DAN AMIRUL YANG DIKASIHI –
INI PULA PESANAN DAN HARAPAN AYAHANDA HJ RAHMAT DAN BONDA HAJJAH RAHIMAH
Untuk membina keluarga yang bahagia dan mendidik manusia, rumahtangga merupakan institusi yang asas dan terpenting kerana di situlah bermulanya kehidupan setiap individu. Dengan kata lain, rumahtangga adalah gelanggang bagi melahirkan individu-individu yang terdidik dengan Islam. Apabila individu-individu telah terdidik, mudahlah mereka ditadbir, diperintah atau dicorakkan mengikut Islam.
Allah berfirman yang maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api Neraka." – (At Tahrim: 6)
Jadikanlah rumahtangga sebagai sebuah gelanggang kecil, di mana suami ibarat ketua negara, isteri sebagai menteri manakala anak-anak sebagai rakyat jelata. Rumahtangga Islam akan lahir apabila suami menjalankan tanggungjawab dengan baik; isteri taat dan setia, menjaga maruah dan berwatak pendidik; dan anak-anak menurut kata serta berakhlak. Insya-Allah amalan mulia ini akan menjana rezeki yang murah dan berkat. Suami yang adil dan bijaksana akan berupaya memimpin keluarga bahagia dibantu oleh isteri yang sentiasa menjadi penyokong setia tatkala suka dan duka.
Firman Allah SWT dalam Surah Al Nahl (16:72);

“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik”

Di samping itu, isteri adalah wanita yang solehah dan bijaksana yang dapat membantu suaminya menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Rumahtangga merupakan gelanggang jihad yang paling utama bagi kaum wanita. Sebab itulah dikatakan rumah itu Syurga bagi wanita. Rasulullah bersabda yang maksudnya:
"Apabila seorang wanita mendirikan sembahyang lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat kepada suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga." - Riwayat Al Bazzar daripada Anas.
Anakanda Raihana…Seorang wanita umpama jantung di dalam rumahtangga. Jika jantung diserang penyakit, seluruh anggota akan lemah. Begitulah halnya jika isteri tidak menjalankan tugas dan peranan yang sepatutnya, terganggulah kelancaran perjalanan sesebuah rumahtangga, atau pincanglah rumahtangga itu.


ANAKANDA YANG DIKASIHI
Sebagai orang tua yang lebih berpengalaman dan lebih dahulu merasa pahit manis kehidupan berumah tangga, percayalah bahawa rumahtangga adalah satu wadah untuk melahirkan generasi bertaqwa. Apabila berkahwin, kita akan memikirkan untuk mengembangkan keluarga. Hasrat untuk memiliki anak yang pada masa yang sama cucu kepada kedua-dua ibu dan bapa kita perlu disemat. Itulah salah satu matlamat perkahwinan dalam Islam, iaitu untuk mengembangkan zuriat. Berusahalah ke arah itu. Apabila sudah dikurniakan Allah zuriat maka didiklah anak itu dengan penuh kasih sayang dengan iman dan akhlak yang dijadikan dasar pendidikan kepada anak-anak.Oleh kerana ibu bapa adalah guru atau pendidik yang pertama dalam kehidupan anak-anak, ia mesti menunjukkan contoh yang baik. Dan hanya rumahtangga yang berwajah Islam saja yang dapat melahirkan suasana pendidikan yang sesuai bagi membentuk generasi beriman dan berakhlak, yang menjadikan Allah sebagai matlamat hidup.

Tinggi sungguh si Gunung Daik
Mercunya nampak terang berkilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

ANAKANDA AMIRUL DAN RAIHANA YANG DIKASIHI…


Sebagai pengukuh ukhuwah, kedua-dua ayahanda dan bonda serta kaum keluarga ingin berpesan bahawa perkahwinan ini bukanlah sekadar memenuhi tuntutan diri tetapi lebih kepada tuntutan agama. Apabila kita memasuki alam perkahwinan ini maka kita secara langsung memasuki alam berumah tangga. Akan ada pelbagai kesenangan dan kesusahan. Tetapi itulah hakikat sebuah perkahwinan. Sekali kita harunginya, terokailah sehingga mencapai ke penghujungnya. Banyak asam garam dan pahit manis kehidupan.

Bak kata pepatah “kalau takut kepada ombak, jangan berumah di tepi pantai”, “Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan”, “kalau menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserakan”. Itulah lumrah kehidupan yang akan diharungi bersama. Untuk selamat sentiasalah kembali kepada kehidupan seorang muslim yang berpegang teguh kepada tali Allah.


Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Baik bergalas baik tidak,
Buli-buli bertali benang,
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.

AMBHA 10-06-2010


Tuesday, June 29, 2010

BERBAHASA, BERBUDAYA: CABARAN DUNIA SEJAGAT...KE MANA HIJRAHNYA!!!


Malaysia Selepas 50 tahun Merdeka:
Bahasa dan Budaya Dari Perspektif Ketamadunan Bangsa
KEWIBAWAAN sesuatu bangsa yang merdeka adalah bertitik-tolak daripada keupayaan untuk membebaskan diri daripada elemen-elemen penjajahan yang merantai pemikiran dan jati diri tulen sesebuah masyarakatnya. Dari situlah, wahana ‘negara merdeka’ dan ‘negara berdaulat’ bertunjangkan masyarakat yang bebas dapat dibentuk dan disepadukan. Masyarakat dengan nilai ‘sejagat’ yang diperkukuhkan dengan ketulenan bahasa dan kekuatan budayanya mampu mengukuhkan ketamadunan bangsa malah berupaya menggegar seluruh buana.
WALAU BAGAIMANAPUN proses mempertahan dan memartabatkan kewibawaan dan ketamadunan bangsa akan terbantut apabila wujud satu keadaan di mana penutur asli sesuatu bahasa akan mula mengagumi bahasa lain dan mula menolak bahasanya sendiri. Satu contoh jelas ialah melalui kesan daripada proses penjajahan yang akhirnya meletakkan bahasa penjajah itu sendiri sebagai sesuatu yang mula dan terus dikagumi dan penutur asli mula berkecenderungan untuk menolak bahasanya sendiri. Lumrah dunia yang serba rencam ini berlaku di mana saja tetapi yang paling menyedihkan ialah apabila ia berlaku di bumi bertuah, merdeka dan berdaulat ini sendiri. Keadaan ini telah mula berlaku di Malaysia dan ini menepati kata-kata Sweetenham (akhir abad ke-20) bahawa pendidikan Barat akan melenyapkan bahasa Melayu selepas dua generasi.
NAMUN sekiranya bahasa asli itu terus digunakan dan diutamakan maka jati diri sesuatu bangsa itu akan terus kukuh. Contoh yang boleh diberikan ialah negara maju seperti negara Jepun yang menolak pendidikan bahasa Inggeris sebagai nilai utama dalam pendidikan negara bangsa terus unggul dengan identitinya sendiri dan maju seiring dengan negara-negara maju yang lain. Kita juga perlu sedar dan akur bahawa pada masa yang sama bahasa juga sebagai saluran kepada pengembangan dan pemupukan elemen budaya.
SESUNGGUHNYA, yang membentuk satu tamadun ialah kewujudan pertalian bahasa dan budaya itu sendiri. Kebangkitan dan kekuatan mantik sesuatu budaya ialah bertunjangkan bahasanya yang sekali gus memastikan perkembangan disiplin ilmu yang lain. Tamadun Islam bertunjangkan bahasa yang persis, bersih dan jernih, iaitu bahasa Arab yang merupakan bahasa peribumi sejak zaman Arab Jahiliyah. Begitu juga yang berlaku pada kepada tamadun Melayu yang unggul selepas kedatangan Islam yang mana bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa bertaraf ‘lingua franca’ yang tinggi martabatnya dan mendukung satu budaya yang istimewa. Kewujudan fungsi bahasa adalah sebagai satu alat ilmu dan merupakan perentas kurikulum dan budaya. Ini disebut oleh Imam Al-Ghazali sendiri bahawa ilmu tunjang ialah ilmu bahasa dan Al-Farabi juga menyebut bahawa bahasa sebagai pencetus disiplin lain yang turut merangkumi elemen budaya. Sesungguhnya, prasyarat untuk menguasai budaya ialah melalui penguasaan bahasa.
PERSOALAN betapa relevan atau bermaknanya sesuatu isu bergantung kepada matlamat akhirnya. Bagaimana sesuatu bahasa itu boleh memupuk satu pembiasaan dan pembudayaan dalam masyarakat dan persekitarannya bertunjangkan kepada penghayatan moral yang tinggi. Dalam konteks ini, agama boleh dijadikan sebagai teras utamanya. Agama itu sendiri sebagai penyelamat kerana ia membentuk elemen-elemen murni seperti bermoral, beretika dan berwawasan yang menjadi teras kepada pengukuhan nilai bahasa dan budaya. Begitulah juga dengan bahasa dan budaya yang akan menjamin satu pembentukan tamadun yang baik berkonsepkan gaya hidup yang unggul dengan kekuatan agama itu sendiri. Arus pascamodenisasi dan globalisasi harus ditangani dengan baik dan bijak supaya bahasa dan budaya yang telah diangkat dengan begitu baik selama ini, iaitu dalam konteks ini bahasa Melayu akan runtuh hanya kerana mainan segelintir manusia yang rakus dan telah atau mulai hilang jati dirinya.
INILAH fenomena yang berlaku hari ini. Bahasa Melayu dan budayanya telah mula dipinggirkan dan seolah-olah menjadi bahasa kelas kedua malah pada keadaan tertentu telah menjadi bahasa kelas ketiga. Apabila bahasa itu sendiri mula diturunkan tarafnya maka secara langsung budaya itu sendiri mula goyah. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah untuk membendung gejala yang tidak sihat ini. Ungkapan-ungkapan indah seperti “Bahasa Jiwa Bangsa”, “Budi Bahasa Amalan Kita”, “Orang Berbudi Kita Berbahasa”, seolah bersandarkan pada nilai retorik sahaja. Dari segi nilai sejagat, ia makin dipinggirkan. Tidak hairanlah sekiranya isu “istilah” antara bahasa Melayu dan bahasa Malaysia didendangkan tanpa rasa segan dan malu demi mempertahankan sesuatu yang ganjil. Betapa ironisnya, apabila media utama sendiri mempropaganda dan mensensasikan isu penggunaan istilah bahasa Malaysia sebagai satu usaha memupukkan nilai perpaduan. Perlukah ada ungkapan oleh murid mahupun guru yang berlainan saban hari mengungkapkan beberapa kenyataan piawai yang sama seperti “ saya semakin bersemangat untuk belajar bahasa Melayu sekarang kerana ia telah menggunakan istilah bahasa Malaysia”, “mereka yang tidak dapat menerima penggunaan istilah bahasa Malaysia adalah meraka yang berfikiran sempit”. Di manakah nilai dan rasa hormat kita kepada bahasa Melayu. Pada masa yang sama tidakkah terfikir dalam kerangka pemikiran kita bahawa wujud perhubungan langsung antara konsep berbahasa, berbudaya dan berbudi bahasa. Konsep “berbudi dan berbahasa” dianggap sebagai sifat-sifat yang mulia dan bersandarkan nilai-nilai murni yang sentiasa dititikberatkan.
DALAM usaha kerajaan untuk membentuk masyarakat Malaysia yang memegang teguh prinsip Rukunegara kelima, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, konsep “berbudi dan berbahasa” mampu menjana tingkah laku sopan dan darjah kesusilaan yang unggul dalam kehidupan peribadi dan kehidupan bermasyarakat. Inilah konsep yang ingin kita semaikan dengan pemupukan “Budaya Ikram” yang bersendikan cara hidup anggota masyarakat yang saling lengkap-melengkapi dengan nilai-nilai murni, iaitu sentiasa saling menghormati, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, melakukan kebajikan, menabur budi, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan, bersopan dan berbahasa, bertimbang rasa dan pemurah sesama insan ketika senang mahupun dalam kesusahan.
Baik bergalas baik tidak,
Bulu-buli bertali benang,
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa.
SESUNGGUHNYA masyarakat dengan nilai ‘sejagat’ yang diperkukuhkan dengan ketulenan budi bahasa dan kekuatan nilai murni budayanya mampu mengukuhkan ketamadunan bangsa malah berupaya menggegar seluruh buana. Secara langsung cabaran Wawasan 2020 untuk membentuk masyarakat Malaysia maju yang holistik dengan nilai-nilai murni seperti progresif, beretika, bertamadun, bermoral, dan berdaya saing dapat dicapai. Tanpa komitmen semua rakyat Malaysia, matlamat yang kita gariskan dalam Rukunegara sehinggalah ke Wawasan 2020 akan gagal dimanifestasikan.
TIDAK dinafikan apabila satu-satu bangsa sudah tidak memiliki elemen ini, maka kehancuran sesuatu peradaban akan berlaku sehingga ke akar umbi. Dengan hanya kurangnya budi pekerti dan terhakisnya nilai-nilai indah berbahasa dan bersopan santun kita semakin jauh tenggelam dan hilang identiti. Tidak guna kita mengejar kemajuan dengan mengorbankan ketamadunan bangsa kita sendiri sehingga akhirnya kita hilang kedua-duanya. Bak kata pepatah ”yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.Allahyarham Prof. Dr. Hamka juga pernah menjelaskan tentang budi yang “Muhlikat" dan “Munjiyat”. Menurut Prof. Dr. Hamka, untuk menegakkan cita mempertinggi budi pekerti, kita akan bertemu dengan penyakit budi. Bukan sahaja jasmani ini ditimpa sakit, budi pun dapat diserang “penyakit budi”.Sesungguhnya, budi yang “Muhlikat”, iaitu yang membawa diri kita kepada kebiasaan, sehingga jiwa menjadi merana. Belum mati, belum bercerai nyawa dan badan, namun nyawa telah dahulu mati. Meskipun nafasnya masih turun naik, namun hidupnya tidak beerti lagi, sebab martabatnya sebagai manusia sudah jatuh. Maka turunlah martabatnya menjadi binatang, hidupnya hanya untuk makan dan minum, tidak mempunyai sejarah, tidak meninggalkan nama baik. Kerana dia jatuh dalam perjuangan, lantaran kejatuhan budinya.
MANAKALA, budi baik yang dapat melepaskan iman dari kesengsaraan jiwa, kerana dia berjuang di dalam hidupnya mencapai tingkat kemanusiaan yang lebih tinggi. Perangai-perangai baik ini dikenali sebagai “Munjiyat”.
DALAM sebuah syair Arab gubahan Syauqi Bey dinyatakan permasalahan yang sama, iaitu:Satu bangsa terkenal ialah lantaran budinya.Kalau budinya telah habis, nama bangsa itu pun hilanglah.(WA INNAMAL UMAMUL AKHLAQU MAA BAQIATWA IN HUMUU DZAHABAT AKHLAQUHUM DHAHABUU)
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.
SESUNGGUHNYA, perkembangan ilmu dan segala disiplin di dalamnya perlu menggunakan kerangka fikiran kita sendiri. Jelasnya ialah ia mesti berteraskan bahasa Melayu itu sendiri. Tidak salah kita mencernakan pelbagai ilmu atau maklumat dengan perantaraan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris tetapi pengungkapannya perlu dilakukan dengan menggunakan bahasa Melayu.
SALAH SATU caranya tidak lain tidak bukan ialah melalui penterjemahan. Kita lihat sejak dulu lagi kegiatan menterjemah ini dilakukan untuk memperkembangkan pelbagai disiplin ilmu. Apabila kita melakukan penterjemahan, kita bukan sahaja menterjemah bahasanya sahaja tetapi kita juga menterjemah budayanya sekali namun ada hadnya supaya unsur-unsur budaya yang diterjemahkan itu tidak melanggar norma-norma murni kita. Contoh yang paling klasik dan signifikan ialah bagaimana negara Jepun sejak zaman Meiji lagi telah menggalakkan kegiatan penterjemahan ini untuk memindahkan ilmu Barat berdasarkan kerangka fikiran mereka sendiri. Ini merupakan salah satu unsur ‘technology transfer’. Tidak perlu kita menidakkan kemampuan bahasa kita sendiri kerana bahasa kita bukannya berusia setahun jagung tetapi sudah merentas zaman berkurun lamanya. Bahasa asli hanya akan terus hidup sekiranya diteraskan oleh kekuatan iltizam untuk mempertahankan bahasa itu sendiri. Bahasa mempunyai ekologinya sendiri yang menguasai segala domainnya.
OLEH ITU, perlu ada usaha-usaha penterjemahan buku ke bahasa ibunda yang lebih serius dan berterusan bagi merentas pemikiran dan menggerakkan minda masyarakat terutamanya di peringkat pertengahan dan bawahan. Walaupun bahasa Inggeris memainkan peranan penting dewasa ini, namun untuk mengubah, mendidik, membimbing masyarakat secara keseluruhannya apatah lagi untuk menyampaikan idea, pandangan secara lebih terbuka, menyeluruh dan lebih difahami, wasilah bahasa ibunda atau pun bahasa Melayu perlulah dilaksanakan.
SEHUBUNGAN dengan itu, kegiatan penterjemahan perlulah sentiasa digiatkan. Kita tidak mahu hanya sebilangan manusia sahaja yang dapat memanfaatkan segala inti pati hebat yang terkandung di dalam mana-mana buku dan karya agung kerana ini amatlah merugikan negara. Sesungguhnya karya terjemahan juga mewajarkan pencambahan idea dan gagasan yang lebih menyeluruh dan mencakup semua lapisan masyarakat secara integral. Tidak salah kita mencernakan pelbagai ilmu atau maklumat dengan perantaraan bahasa asing seperti bahasa Inggeris tetapi pengungkapannya sebaik mungkin perlu dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda terutamanya yang melibatkan transformasi pemikiran berteraskan percambahan idea, pandangan mahu pun wawasan. Walau bagaimanapun, perlu ada penyesuaian selaras dengan nilai-nilai budaya masyarakat kita.
KESIMPULANNYA, fenomena yang membeku ini memperlihatkan telah berlaku satu ‘krisis keyakinan’ terhadap kemampuan bahasa Melayu sekali gus budayanya sendiri untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang ideal dan ini memerlukan satu penyelesaian yang segera. Sebenarnya bahasa Inggeris itu boleh digunakan sebagai pembekal maklumat sahaja namun bahasa Melayu tetap sebagai alat yang penting untuk menyampaikan maklumat itu secara lebih jelas bersesuaian dengan input-input budayanya sendiri dan ini boleh dilakukan dengan menggiatkan melalui usaha-usaha penterjemahan seperti yang disebutkan sebelum ini. Jangan sampai bahasa Melayu hanya berfungsi sebagai penghias deretan kata retorik kosong dalam Perlembagaan Malaysia sahaja. Berbaliklah kepada pembebasan dan pengembalian diri kepada fitrah kita yang asal. Bangunkanlah tamadun bangsa yang sejati dengan nilai bahasa dan budaya yang luhur dan tulen serta nilai kesejagatan yang berprinsip. Syabas diucapkan kepada semua pencinta dan cauvinis bahasa dan budaya yang tanpa rasa takut dan rendah diri selama ini dalam pelbagai peluang dan kesempatan serta batasan media yang terhad telah menyatakan hakikat yang berlaku pada hari ini bersesuaian dengan kapasiti mereka sebagai pejuang bahasa dan budaya.
JELAS menunjukkan peri pentingnya peranan masyarakat secara keseluruhannya untuk mengembalikan amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni dalam konteks individu (diri sendiri), keluarga, dan masyarakat keseluruhannya. Dalam hal ini, peranan individu, peranan keluarga, peranan institusi pendidikan, peranan industri, peranan media massa, peranan persatuan sukarela dan pertubuhan bukan kerajaan, peranan institusi kebajikan dan pemulihan, dan akhirnya peranan kerajaan perlu digembleng secara bersepadu dan berterusan demi pembangunan sosial, politik dan ekonomi negara yang berimbang dan berhemah. Kita telah merdeka selama 50 tahun dan kita sepatutnya berupaya meletakkan satu piawai yang diterima pakai oleh semua.
Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Bunga idaman cantik di muara;
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi
Hina insan tidak berbahasa

AMBHA 24-07-07

PERHUBUNGAN MANUSIA...SATU HIJRAH!!!

Perhubungan manusia/insan merupakan satu seni dan amalan yang menggunakan pengetahuan–pengetahuan yang sistematik berhubung dengan tingkahlaku manusia/insan untuk mencapai matlamat/objektif organisasi atau individu sendiri. Bermula pada tahun 1924 sehingga 1933, beberapa siri penyelidikan telah diadakan di Western Electric Company’s Hawthorne, Illinois untuk mengkaji aspek perhubungan manusia/insan yang akhirnya dikenali sebagai “Hawthorne Studies”. Ia diasaskan oleh sepasukan penyelidik daripada Universiti Harvard yang diketuai oleh Elton Mayo. Bermula dari sinilah kajian tentang perhubungan manusia/insan mula dilakukan.Menurut Andrew J. Dubrin (1984:21) setiap kali berhadapan dengan masalah ketika berhubungan dengan sesama manusia/insan konteks perhubungan manusia/insan akan diaplikasikan.Untuk memahami gelagat/tingkah laku individu ia melibatkan dua unsur utama iaitu:
  • lakuan/tindakan berupa rangsangan luaran yang didasari oleh kebijakan dan keyakinan diri
  • tindak balas manusia/insan terhadap rangsangan tersebut akan beroleh reaksi yang positif atau negatif daripada individu lain yang akhirnya mempengaruhinya terhadap tindak balas untuk rangsangan yang sama pada masa hadapan

Perhubungan manusia/insan menerima banyak input berupa ilmu dan pengetahuan daripada kajian sains tingkah laku dan sains sosial yang turut meliputi tingkah laku organisasi secara keseluruhannya.Berbanding bidang tingkah laku organisasi yang lebih menjurus kepada teori dan penyelidikan, perhubungan manusia/insan lebih bersifat natural yang berteraskan kepada penemuan penyelidikan dan pemerhatian yang sistematik/teratur.Perhubungan manusia/insan yang penting dalam mendasari kecekapan dan keberkesanan sesuatu organisasi yang melibatkan keterbukaan dan kejujuran sesama manusia.Secara langsung perhubungan manusia/insan berkaitan dengan konsep potensi manusia/insan yang meletakkan manusia sebagai insan unik yang mencerminkan kebenaran diri masing-masing.Kajian tentang perhubungan manusia/insan seharusnya dapat mempertingkatkan keberkesanan dalam menjalin hubungan sesama manusia/insan. Contohnya, mempelajari bagaimana wujudnya karenah birokrasi akan mengurangkan kekecewaan anda apabila berurusan dengan sesuatu organisasi yang besar dan kompleks sifatnya.

Menurut Douglas Benton (1991:22) perhubungan manusia/insan berasaskan kepada disiplin berikut:

  • kemampuan/keupayaan untuk berkomunikasi
  • kemampuan/keupayaan untuk memberi motivasi terhadap diri sendiri dan individu lain
  • kemampuan/keupayaan untuk menerima tanggungjawab dan memimpin individu lain
  • keupayaan untuk memahami dan menyelesaikan masalah individu lain
  • kesetiaan
  • keikhlasan/kesantunanvii. komited terhadap tugas
  • komited terhadap hubungan antara manusia/insan

Sebenarnya kajian tentang perhubungan manusia/insan bermula dengan diri kita sendiri. Ia berkaitan dengan interaksi yang boleh terjadi di kalangan manusia sama ada organisasi atau individu yang melibatkan perhubungan yang berasaskan kerjasama atau pun konflik.

Pendekatan antara disiplin terhadap perhubungan manusia/insan diperlukan disebabkan oleh hubungan yang mengintegrasikan maklumat/ilmu dari pelbagai disiplin ilmu. Ia bersandarkan kepada satu seni pengurusan yang berdasarkan perhubungan manusia/insan yang tergolong daripada hubungan manusia/insan.

Penjurusan perhubungan manusia/insan ini tidak boleh tidak mengetepikan kepentingan hubungan antara budaya. Konsep asas dalam perhubungan manusia/insan meliputi maruah/darjat manusia/insan, empati, perbezaan antara individu, komunikasi, motivasi, kepimpinan dan tanggungjawab.

Secara langsung kemahiran perhubungan manusia/insan perlu diaplikasikan pada semua tahap kehidupan.

Sementara itu menurut Jack Halloran (1983:25) perhubungan manusia/insan merupakan interaksi sesama manusia di mana kedua-duanya perlulah berdasarkan persoalan dari segi kerjasama dan konflik. Perhubungan manusia/insan yang baik terhasil apabila manusia/insan bekerjasama untuk mencapai satu matlamat.

Salah satu aspek yang penting dalam perhubungan manusia/insan ialah komunikasi yang bertunjangkan bahasa. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa melalui wadah bahasa kita secara langsung dapat membina atau membangunkan komuniti manusia/insan.

Menurut Charles T. Brown ((1975:53) , Aristotle pernah mengungkapkan bahawa “kajian tentang ucapan/pertuturan/ujaran merupakan kajian tentang pemujukan” yang akhirnya menghasilkan satu teori komunikasi yang komprehensif (bersepadu) dengan tujuan untuk belajar menggunakan bahasa yang merupakan satu perkara penting yang diperlukan untuk memahami proses komunikasi secara keseluruhannya. Perhubungan/jalinan yang aktif akan wujud antara bahasa dan pemikiran, bahasa dan persepsi, interpretasi dan komunikasi apabila fenomena ini dihuraikan dari segi psikologi kognitif.

Dalam organisasi moden, segala fungsi berasaskan komunikasi. Ia merupakan penggerak kepada segala maklumat dan pemahaman dan penting dalam membentuk kerjasama manusia/insan. Tanpa prosedur komunikasi yang cekap sesuatu tindakan akan terganggu. Ia juga merupakan penggalak kepada motivasi. Tanpa komunikasi yang baik, perhubungan manusia/insan tidak mungkin dapat digarap dengan baik.Menurut Katherine Miller (1999:38), komunikasi berhubung dengan perhubungan manusia/insan berdasarkan kerangka komunikasi yang meliputi aspek:

  • kandungan/pengisian komunikasi
  • arah aliran komunikasi
  • gaya komunikasi
  • saluran komunikasi

Melalui kandungan/pengisian komunikasi ia melibatkan tugas komunikasi, inovasi komunikasi dan penyelenggaraan komunikasi yang penting untuk membina perhubungan manusia/insan yang berkesan.

Sementara itu arah aliran komunikasi pula memanfaatkan hubungan komunikasi secara mendatar (horizontal) dan menegak (vertikal) bagi mempertingkatkan kualiti perhubungan manusia/insan.

Salah satu unsur penting dalam perhubungan manusia/insan ialah penekanan terhadap hubungan sosial dan kehendak manusia/insan yang lebih mementingkan gaya komunikasi secara informal. Fenomena ini dikira dapat memecahkan kebuntuan perhubungan manusia/insan dari aspek jurang status dan hierarki.

Perhubungan manusia/insan juga meletakkan keterbukaan saluran komunikasi sebagai faktor yang cukup penting untuk mempertingkatkan pencapaian matlamat organisasi dan individu dan mampu mengurangkan konflik. Oleh sebab itulah komunikasi secara bersemuka (face to face communication) adalah digalakkan.

Secara langsung salah satu aspek yang penting dalam komunikasi yang merupakan tunjang perhubungan manusia/insan ialah “self-disclosure” (penjelmaan/penampilan diri). Apabila manusia/insan berkomunikasi sesama sendiri terutama secara bersemuka (face to face) keadaan fizikal dan emosi terjelma.

Dalam masyarakat hari ini, menurut kebanyakan sarjana, mereka percaya apabila kita lebih mendedahkan diri kita, kita akan lebih mudah untuk saling memahami. Penjelmaan/penampilan diri ini perlu menjadi satu penerimaan secara langsung yang walau bagaimanapun proses ini dikawal oleh batas-batas dan halangan-halangan tertentu.

Penjelmaan/penampilan diri ini melibatkan perkongsian maklumat yang mempunyai nilai-nilai ‘persendirian/keperibadian’ yang memungkinkan satu maklumat dikongsi secara bijaksana tanpa pengetahuan orang lain. Oleh sebab itulah dua istilah yang penting berkaitan dengan penjelmaan/penampilan diri ini ialah risiko dan keterdedahan ( risk and vulnerability).

Secara ringkasnya penjelmaan/penampilan diri mempunyai nilai-nilai tertentu seperti:

  • terbuka
  • jujur
  • bebas
  • tulen
  • mesra
  • kuat
  • dipercayai
  • mempercaya
  • matang
  • memiliki nilai interpersonal

Walau bagaimanapun fenomena ini dibatasi dengan hakikat wujudnya konsep “self-concealment” (penyembunyian diri) yang mempunyai nilai-nilai yang bertentangan dengan “self-disclosure” (penjelmaan/penampilan diri) iaitu:

  • tidak jujur
  • berpura-pura
  • takut
  • manipulatif
  • tidak boleh dipercayai
  • tidak mempercayai
  • tidak mesra
  • tidak matang

Secara keseluruhannya perhubungan manusia/insan merupakan satu disiplin yang cukup penting untuk dikaji dan difahami oleh setiap individu.

Kelemahan dan masalah perhubungan manusia/insan sememangnya wujud dan perlu dicari penyelesaiannya.Kelemahan ini wujud kerana setiap manusia/insan memiliki satu set kelakuan/bakat yang unik; cita-cita dan pengalaman yang akan sentiasa mengalami perubahan yang boleh menjurus kepada kejayaan atau kegagalan dalam proses perhubungan manusia/insan itu sendiri.

Selain itu, manusia/insan secara langsung mahu pun tidak langsung terlibat dalam masalah struktural organisasi yang menjadi induk kepada perhubungan manusia/insan. Kesan inovasi teknologi dan pengeluaran yang memerlukan penstrukturan semula tugas dan tanggung jawab dan ditambah lagi dengan konteks pengiktirafan manusia perlu diberi perhatian yang sewajarnya apatah lagi apabila melibatkan penilaian kemampuan atau keupayaan yang tidak seimbang sesama manusia/insan.

Kesimpulannya, konsep perhubungan manusia/insan merupakan tunjang kepada interaksi sesama manusia dari segi kerjasama dan konflik. Perhubungan manusia/insan yang baik menuju ke arah pencapaian matlamat yang satu. Bersandarkan kepada kepentingan komunikasi dalam perhubungan manusia/insan konsep ini dapat digarap dengan lebih cekap, sesuai dan berkesan. Ini dibuktikan oleh Elton Mayo sendiri dalam kajiannya tersebut bahawa perhubungan interpersonal berasaskan komunikasi merupakan salah satu sebab utama untuk mempertingkatkan produktiviti organisasi.

Selain itu kolektif sosial yang mengandungi struktur yang formal dan tidak formal menjamin keutuhan perhubungan manusia/insan di samping faktor sosial dan psikologi boleh mempengaruhi motivasi manusia/insan.

Walau bagaimanapun konsep perhubungan manusia/insan ini sewajarnya dilihat dengan lebih luas dari pelbagai perspektif. Ia perlu menggunakan pendekatan yang lebih syumul yang bukan sekadar melibat perhubungan manusia/insan sesama manusia/insan sahaja tapi perlu melangkaui kepada hubungan manusia/insan dengan alam dan yang paling wahid, iaitu hubungan manusia/insan dengan pencipta-Nya. Tanpa melihat atau terus mengetepikan perspektif yang lebih berkat ini akhirnya akan menjurus kepada ‘tadmirulinsan’ (kemusnahan manusia/insan). Persoalan besar ini tentunya berkait rapat dengan persoalan MODAL INSAN!!!
AMBHA 10-12-07

MEM"PERKASA" IPT....SATU HIJRAH!!!

Memperkasakan IPT ke Arah Institusi Pendidikan Unggul Bertaraf Dunia


Falsafah pendidikan negara meletakkan pendidikan di Malaysia sebagai suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah pendidikan ini sekiranya diadun, direncam dan disebatikan dengan satu matlamat untuk mencapai matlamat pendidikan bertaraf dunia berupaya membentuk dan membangunkan sebuah masyarakat berilmu. Agenda ini merupakan satu hala tuju yang melibatkan kepentingan nasional dan bertujuan untuk mencapai matlamat pendidikan tinggi iaitu:
  • Meningkatkan standard/mutu pengajaran dan pembelajaran.
  • Meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru/pensyarah.
  • Membantu kejayaan dan kecemerlangan pelajar.
  • Membantu dan menggerakkan masyarakat untuk mencapai matlamat pendidikan negara.
  • Memberi khidmat kepada masyarakat .
  • Membantu dan mengetuai usaha-usaha berterusan masyarakat untuk mencapai matlamat pendidikan negara dalam membentuk masyarakat yang berilmu.
Sesungguhnya meletakkan sasaran besar ke arah memperkasakan pendidikan negara di persada antarabangsa perlu ditangani dengan bijak oleh semua warga menara gading. Kesedaran dan keiltizaman semua pihak berupaya untuk menjana pemikiran positif warga akademia seluruh IPT ke arah mencapai matlamat menjadi universiti unggul bertaraf dunia.
Perkongsian pendapat dan wawasan walau dalam keadaan berbeza pendapat dan arah wawasan dapat diatasi dengan melakukan introspeksi diri (muhasabah) demi menjamin survival kita sebagai warga menara gading yang sentiasa komited, progresif dan berdaya saing untuk meletakkan IPT sebagai institusi pendidikan yang unggul bertaraf dunia.
Kita telah melihat dan merasai bahawa perjuangan pendidikan seluruh IPT telah merentas puluhan tahun. Banyak kenangan pahit dan manis telah kita lalui bersama. Segala susah dan senang dilalui dan ditangani bersama. Komitmen dan iltizam kita untuk mamartabat dan membangunkan IPT akan terus diperkasakan lagi dengan menzahirkan apa yang kita gariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Universiti masing-masing. Falsafah yang terpancar tersebut bukanlah deretan kata retorik kosong semata-mata tetapi bersendikan kepada janji dan keyakinan kita untuk terus memacu pembangunan pendidikan tinggi secara bersepadu dengan menitik beratkan semua aspek kehidupan yang mencakupi elemen fizikal, mental, rohani, emosi dan spiritual. Kerana itulah prinsip-prinsip ke arah pembinaan sosio-fizikal berteraskan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin ke arah peningkatan kualiti kehidupan dan kemanusiaan akan terus dijadikan agenda utama.
Kesiapsiagaan kita bertitik tolak daripada kesedaran kita untuk bersama-sama untuk bekerja, berusaha dan bergerak sebagai satu pasukan untuk membangunkan bidang pendidikan negara. Malang bagi kita rakyat Malaysia kalau kita tidak pandai menguruskan kejayaan sebelum ini yang menyediakan elemen-elemen ‘hardware’ atau pun prasarana kelas pertama sedangkan mentaliti kita masih lagi mentaliti kelas ketiga.
Oleh itu, kita perlu berusaha untuk membangunkan elemen-elemen ‘software’ bersifat pemikiran itu menuju ke arah mentaliti/pemikiran kelas pertama bagi mengurus kejayaan prasarana (hardware) kelas pertama yang telah banyak disediakan oleh kerajaan.Untuk memperkasakan seluruh IPT ke arah merealisasikan hasrat menjadikan universiti di Malaysia bertaraf dunia, budaya penyelidikan dan perundingan haruslah dipupuk dan disuburkan di kalangan warga akademik IPT.
Untuk menjadikan semua universiti bertaraf dunia, pihak universiti dengan sokongan semua kakitangannya, perlu lebih berdaya saing untuk membuktikan bahawa hasrat ini adalah realistik dan boleh dicapai. Salah satu caranya ialah dengan menggerakkan budaya menjalankan penyelidikan di kalangan kakitangannya. Geran jangka pendek bernilai ribuan juta yang disediakan oleh pihak kerajaan dan universiti, di samping geran IRPA dan pelbagai geran penyelidikan dan perundingan yang disediakan oleh pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan, sektor swasta, badan korporat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan saban tahun merupakan pemangkin dan lambang kesungguhan untuk mencetus dan menggerakkan budaya penyelidikan di kalangan kakitangan universiti.
Sehubungan dengan itu, setiap kakitangan universiti perlu memahami konsep penyelidikan secara holistik yang lebih menjurus ke arah usaha yang cermat dan sistematik untuk menyelesaikan sesuatu isu atau masalah serta berupaya mencipta dan menghasilkan penemuan-penemuan baru. Penyelidikan harus dilaksanakan dengan teratur, tersusun, terpimpin dan munasabah. Hujah-hujah yang dikemukakan perlu tersusun, konsisten, jelas dan beralaskan bukti kajian yang kukuh.
Oleh itu, untuk menjayakan usaha membudayakan penyelidikan di kalangan kakitangan universiti terutamanya kakitangan akademik, pihak universiti perlu banyak melakukan penyelidikan bagi membantu pembangunan dalam segala bidang. Pihak universiti seharusnya memberi ruang yang lebih besar dan mudah kepada semua kakitangan sama ada dari segi bantuan kewangan, insentif yang bersesuaian dan sokongan moral yang berterusan. Sasaran universiti untuk menambah dan menjana pendapatannya akan dapat direalisasikan sekiranya motivasi kakitangan meningkat hasil galakan yang diberikan. Begitu juga hasrat universiti yang mensasarkan keseluruhan daripada staf akademiknya terlibat dalam bidang penyelidikan akan tercapai. Sesungguhnya penyelidikan penting untuk menganalisis kejayaan dan kegagalan, kekuatan dan kelemahan serta peluang dan ancaman yang wujud. Kesiapsiagaan setiap kakitangan universiti menjayakan usaha murni tersebut akan menjamin kecemerlangan budaya penyelidikan yang berterusan. Dengan itu hasrat kerajaan untuk membangunkan universiti bertunjangkan “teaching and research university” akan dapat dicapai sekaligus menuju ke arah universiti bertaraf dunia.
Kesusahan dan kesenangan yang kita telah lalui, yang sedang kita lalui mahupun yang bakal kita lalui memerlukan kita mewujudkan satu integrasi yang benar-benar dinamik, seimbang dan menyeluruh. Sebagai sebuah institusi sosial yang berteraskan pendidikan, kita perlu mewujudkan satu iltizam bagi menjamin satu integrasi yang benar-benar dinamik yang merangkumi beberapa aspek seperti integrasi sosial (social integration) yang padu yang mampu menjana integrasi emosi (emotion integration) yang seimbang, integrasi mental (mental integration) yang kukuh, integrasi spiritual/kejiwaan (spiritual integration) yang murni dan suci, integrasi fizikal (physical integration) yang mantap, integrasi kebudayaan (cultural integration) yang berhemah dan integrasi intelektual/kecendikiawanan (intellectual integration) yang tulen. Elemen-elemen integrasi tersebut perlulah sentiasa dipupuk, dijalin dan disuburkan terutamanya dalam era globalisasi ketika ini. Kita tahu bahawa cabaran utama alaf baru ini ialah globalisasi yang merupakan agenda ekonomi baru dunia yang telah meruntuhkan tembok pemisahan sempadan negara menjadi negara tanpa sempadan dan menghasilkan suasana baru dalam sistem perdagangan termasuklah dalam bidang pendidikan. Kita sekarang terdedah kepada persaingan terbuka, cabaran baru dan pasaran terbuka. Dan inilah cabaran yang perlu kita hadapi bersama untuk merealisasikan hasrat kita menjadikan IPT unggul bertaraf dunia. Kita harus mampu untuk mengembangkan hegemoni (pengaruh/dominasi) kita berbanding dengan universiti lain dan membatasi sebarang enigma (kebingungan/kekusutan) yang menghalang kejayaan kita. Aura (perasaan) dan iltizam ini haruslah dikongsi dan diperkasakan bersama.
Kita perlu yakin dan optimis bahawa sekiranya kesemua ciri-ciri tersebut dapat digarap dan dicerakinkan secara bijaksana oleh kita semua dengan secara bersepadu dan seimbang ia mampu untuk melahirkan insan yang benar-benar seimbang mentalnya, jiwanya dan iltizamnya. Inilah yang benar-benar menjamin integrasi dinamik yang menjadi tunjang kekuatan warga IPT secara keseluruhannya.
Akhirnya, kita perlu sentiasa beringat bahawa perjuangan kita belum selesai, untuk menjadi IPT sebagai universiti yang terbilang kita perlulah membuktikan bahawa kita mampu menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan menghasilkan kejayaan-kejayaan yang gemilang yang diiktiraf oleh dunia. Kita perlu meneguhkan digniti (kehormatan) kita sebagai yang terbaik. Jadilah warga kerja yang progresif bukannya yang regresif dan terkasima melihat kejayaan orang lain sedangkan kita mampu menghasilkan yang lebih baik. Kita bukan lagi universiti kelas ketiga dengan mentaliti kelas ketiga sedangkan prasarana kita sudah mencapai kelas pertama. Persepsi ini perlu dihakiskan. Kitalah universiti kelas pertama, dengan warga yang mempunyai mentaliti kelas pertama sesuai dengan prasarana kelas pertama yang kita miliki. AMBHA 07-07-07

HAMPIR SETAHUN BERLALU....SATU HIJRAH...SENANG DAN SUSAH!!!

BERITA HARIAN 4 SEPTEMBER 2008


USM terpilih sebagai Universiti ApexPUTRAJAYA: Jawatankuasa Pemilihan Apex memilih Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai universiti Apex, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pada sidang akhbar di sini, hari ini.


THE STAR, THURSDAY SEPTEMBER 4, 2008
USM gets apex statusBy SIMRIT KAUR and KAREN CHAPMANPUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) has been granted apex status. With it, USM can expect hundreds of millions of ringgit in additional funding to transform it into Malaysia's first world-class university. Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said that quantitative and qualitative criteria were used to select USM under the accelerated programme for excellence (apex).

“The selection committee evaluated each university's state of readiness, transformation plan and preparedness for change.“After a thorough evaluation, the committee decided that only one university truly met all the criteria, namely USM,'' he told a press conference yesterday.

The Cabinet had agreed to USM being given the apex status on Aug 27.

The university that is given apex status is one that has the greatest potential among Malaysian universities to be world-class, and as such, would be given additional assistance to compete with top-ranked global institutions, added Khaled.

He said with apex status, USM will be expected to move up the World University Rankings with a target of top 200 in five years' and top 100, if not top 50, by 2020.

In last year’s Times Higher Education-QS World University Rankings, Universiti Malaya (UM) was the highest ranked Malaysian university at 246, followed by USM (307), Universiti Kebangsaan Malaysia (309) and Universiti Putra Malaysia (364).

A selection committee headed by former Universiti Malaysia Sarawak vice-chancellor Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Zawawi Ismail short-listed USM, UM, UKM and UPM. USM's transformation plan, entitled “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow” focussed, among other things, on diagnostics, medical biotechnology, waste management, pharmaceuticals, nano-technology, membrane technology and vaccines.

Asked why UM was not selected, Khaled said: “I hope the apex status will spur other universities to strive for excellence, too. It's not about selecting the oldest university but choosing one with a doable plan that can help us transform our higher education.”

The other universities that applied for apex status were International Islamic University Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Petronas and Universiti Tenaga Nasional.

UTUSAN MALAYSIA – 4 SEPTEMBER 2008

USM dipilih universiti Apex pertama


PUTRAJAYA 3 Sept. - Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih sebagai universiti Apex pertama selepas mengetepikan tiga lagi universiti yang turut disenarai pendek iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pemilihan itu bermakna USM kini memikul peranan penting untuk menjadi universiti terbaik dunia dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

''USM dipilih sebagai universiti Apex selepas ia diberi penilaian yang lebih tinggi dalam tiga aspek iaitu keadaan semasa, kesediaan untuk berubah dan penyediaan pelan transformasi," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada institusi pengajian tinggi tempatan untuk menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi. Di bawah program itu, USM disasarkan untuk disenarai dalam ranking 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun dan ranking 50 terbaik menjelang 2020.

Ditanya mengapa universiti tertua iaitu UM tidak dipilih, Khaled berkata, sejarah bukan faktor yang diberi penilaian dalam pemilihan universiti Apex. ''Ia bukan tentang mana universiti yang lebih awal ditubuhkan, ia adalah mengenai universiti mana yang boleh mencapai transformasi pengajian tinggi ke arah bertaraf dunia," katanya.

Beliau berkata, pemilihan USM sebagai universiti Apex akan merangsang universiti-universiti lain untuk meneruskan usaha ke arah kecemerlangan di peringkat dunia. 'Ini tidak bermakna selepas USM dipilih sebagai universiti Apex, universiti lain akan ditinggalkan. ''Kita bukan nak letakkan ranking antara universiti ini, ketiga-tiga universiti penyelidikan yang lain juga mempunyai kekuatan sendiri," katanya.

Mengenai autonomi urus tadbir dan peruntukan yang akan diberikan kepada USM, Khaled berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan pihak universiti.

''Soal urus tadbir dan kewangan serta pelan pelaksanaan program Apex akan dibincangkan. Kita akan panggil mereka untuk mewujudkan pelan implementasinya. ''Universiti Apex akan kemukakan cadangan bajet untuk tempoh lima tahun dalam pelan transformasinya. Kita akan pertimbangkan cadangan itu setiap kali bajet negara dibentangkan," katanya. Ditanya sama ada lebih banyak universiti akan dipilih untuk menyertai program Apex, Khaled berkata, perkara itu akan ditentukan melalui prestasi USM.

''Jika USM bergerak cepat, mungkin kita akan pertimbangkan untuk mewujudkan lebih banyak universiti Apex," katanya.

MENCARI BAHAGIA........

MENCARI BAHAGIA BUKANLAH DARI LUAR DIRI, TETAPI DARI DALAM
KEBAHAGIAAN YANG DATANG DARI LUAR KERAPKALI HAMPA, PALSU
ORANG BEGINI KERAPKALI SANGAT GEMBIRA JIKA DIHUJANI RAHMAT,
LUPA BAHAWA HIDUP INI BERPUTAR-PUTAR
KESENANGAN TERLETAK DI ANTARA DUA KESUSAHAN
DAN KESUSAHAN TERLETAK DI ANTARA DUA KESENANGAN
DALAM SENANG ITU TELAH TERSIMPAN KESUSAHAN
DAN DALAM KESUSAHAN ITU TELAH ADA UNSUR KESENANGAN

AMBHA...